wargajba8033

Ibarat lilin menerangi kehidupan setiap insan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

....SURUHlah anakmu bersolat apabila umurnya 7 tahun..... Cikgu-cikgu yang dihormati, tolong suruh anak-anak kami bersolat, tidak cukup dengan hanya kami ibu bapa berpesan andainya di sekolah tiada kesinambungan dengan didikan di rumah. Bukankah guru-guru itu pengganti ibu bapa di sekolah? Kami sedih apabila setiap kali pulang ke rumah, kami bertanya, "Solat Zuhur, Asar tak?" Anak menjawab, "Tak, cikgu tak suruh, tak sempat, nanti orang dah beratur, cikgu marah, takut nak ke surau, takde kawan......"

Maka hampir setiap hari terpaksalah si anak mengqada' solat Zuhurnya dan menunaikan solat Asar di penghujung waktunya. Mereka bukan bersekolah di SJK, tapi SK....SK...... yang ramai di kalangan gurunya adalah penganut Agama Islam.Anak-anak akan mengambil berat pesanan guru-gurunya berbanding pesanan ibu bapa sendiri meskipun ibu bapanya mungkin juga seorang guru atau berjawatan lebih hebat. Mereka menganggap guru umpama 'malaikat'. Oleh yang demikian rebutlah peluang yang Allah S.W.T hadiahkan itu untuk bekalan cikgu ke alam akhirat. Terima kasih di atas kerjasama kalian.

من سن سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها إلى يوم القيامة ومن سن سنة سيئة فله وزرها ووزر من عمل بها إلى يوم القيامة Sesiapa memulakan / menggalakkan suatu amalan baik, maka baginya pahala dan pahala-pahala orang yang mengamalkannya hingga ke hari kiamat, sebaliknya sesiapa memulakan / menggalakkan suatu amalan buruk (contoh; menggunakan avatar menjolok mata), maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang mengamalkannya hingga ke hari kiamat. Menurut pakar motivasi pula, anak-anak ini perlu dipesan berterusan hingga 200 kali. Mudah-mudahan kita dikurniai kesabaran dalam mendidik mereka.

Mohon maaf dan terima kasih sekali lagi.

والله أعلم

Share

Reply to This

Replies to This Discussion

Saya setuju.bila saya berpindah di trg saya dapat sesi persekolahan ptg. waktu petang, kami guru2 waktu mengajar akan memantau murid2 solat zohor berjemaah.kalau hari yang balik pukul 6, kami juga akan memantau murid2 solat asar.memang masa kita setengah jam akan habis di surau tanpa p&p di bilik darjah.Alhamdulillah sek saya semua murid Islam, maka tiada ibu bapa yg non muslim complain sebab p&p dalam bilik darjah tidak berlangsung pada waktu itu.guru lelaki pada waktu itu(tanpa mengira ustaz atau tidak)bergilir-gilir mengimamkan mereka.jika tiada guru lelaki pada waktu p&p tersebut, murid dilatih jadi imam.tapi, masalah di skbp,ada murid non muslim.katakan waktu tersebut adalah waktu math,anak mereka tidak dapat belajar math 1 waktu,tentu parents marah.sebagai guru, adalah tidak wajar membiarkan murid ke surau tanpa pengawasan.jadi,pihak yang memberi cadangan perlu memikirkan cara terbaik bagi mengelakkan kontroversi yg bakal berlaku.kita sebagai org Islam memang wajib menyuruh anak2 solat,tapi perlu memikirkan masalah sampingan..pengalaman semasa saya belajar dulu,semasa tahun 3 dan tahun 4, saya bersekolah sesi petang.dalam peruntukan waktu rehat yang sedikit inilah saya dan kawan2 ke surau utk solat.ini selalu dipesan oleh ibu bapa saya.mari kita fikirkan cara yang terbaik.hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih....Mohon maaf dan terima kasih....

Reply to This

pendapat saya...

kedua-dua ibu bapa dan guru memang memainkan peranan yang penting di dalam hal ini. Saya kira di skbp, murid tidak akan dihalang jika mereka meminta izin untuk ke surau dan mengerjakan solat. Memang cikgu tidak boleh memantau kesemuanya sekali, sebab tugasan dalam bilik darjah masih tergalas di bahu.

Takut2 ada yang cilok panjat pagar bertembung pula dengan kenderaan yang lalu lalang...

Siapa yang nak kena jawab?

Adakah parents akan jadi understanding dalam situasi ini? Yang pasti setiap isu walau sebesar kuman pun, cikgu tetap akan dipersalahkan kerana kami CIKGU

Percayalah... hidup kami pun haru biru

Reply to This

Terima kasih kerana memberi komen. Saya amat memahami situasi yang guru-guru alami kerana saya juga pernah menjadi guru. Apa yang saya harapkan daripada luahan saya ini ialah tolong pesan-pesankan selalu supaya tertanam dalam minda anak-anak bahawa; tadi di rumah mak pesan suruh solat, cikgu pun cakap yang sama macam emak. Ia kena diulang-ulang selalu hingga melekat utuh dalam diri mereka di mana-mana pun kena solat. Lagi satu anak saya selalu beri alasan kalau hujan akan kebasahan jika ke surau. Rasanya ada susur gajah menuju ke surau bukan? Entahlah anak-anak....

n1010 said:
pendapat saya...

kedua-dua ibu bapa dan guru memang memainkan peranan yang penting di dalam hal ini. Saya kira di skbp, murid tidak akan dihalang jika mereka meminta izin untuk ke surau dan mengerjakan solat. Memang cikgu tidak boleh memantau kesemuanya sekali, sebab tugasan dalam bilik darjah masih tergalas di bahu.

Takut2 ada yang cilok panjat pagar bertembung pula dengan kenderaan yang lalu lalang...

Siapa yang nak kena jawab?

Adakah parents akan jadi understanding dalam situasi ini? Yang pasti setiap isu walau sebesar kuman pun, cikgu tetap akan dipersalahkan kerana kami CIKGU

Percayalah... hidup kami pun haru biru

Reply to This

Salam. Betul, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

nor said:
Saya setuju.bila saya berpindah di trg saya dapat sesi persekolahan ptg. waktu petang, kami guru2 waktu mengajar akan memantau murid2 solat zohor berjemaah.kalau hari yang balik pukul 6, kami juga akan memantau murid2 solat asar.memang masa kita setengah jam akan habis di surau tanpa p&p di bilik darjah.Alhamdulillah sek saya semua murid Islam, maka tiada ibu bapa yg non muslim complain sebab p&p dalam bilik darjah tidak berlangsung pada waktu itu.guru lelaki pada waktu itu(tanpa mengira ustaz atau tidak)bergilir-gilir mengimamkan mereka.jika tiada guru lelaki pada waktu p&p tersebut, murid dilatih jadi imam.tapi, masalah di skbp,ada murid non muslim.katakan waktu tersebut adalah waktu math,anak mereka tidak dapat belajar math 1 waktu,tentu parents marah.sebagai guru, adalah tidak wajar membiarkan murid ke surau tanpa pengawasan.jadi,pihak yang memberi cadangan perlu memikirkan cara terbaik bagi mengelakkan kontroversi yg bakal berlaku.kita sebagai org Islam memang wajib menyuruh anak2 solat,tapi perlu memikirkan masalah sampingan..pengalaman semasa saya belajar dulu,semasa tahun 3 dan tahun 4, saya bersekolah sesi petang.dalam peruntukan waktu rehat yang sedikit inilah saya dan kawan2 ke surau utk solat.ini selalu dipesan oleh ibu bapa saya.mari kita fikirkan cara yang terbaik.hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih....Mohon maaf dan terima kasih....

Reply to This

Reply to This

RSS

Badge

Loading…

© 2009   Created by geng bas sekolah on Ning.   Create a Ning Network!

Badges  |  Report an Issue  |  Privacy  |  Terms of Service